...menulis adalah cara bagiku untuk melukiskan isi hati dan merangkai kata-kata yang indah....

Minggu, 13 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul...

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW.

Bersamaan 15 Februari 2011, kita akan menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat buat umat sejagat.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun semangat perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua rakan-rakan. teman-teman facebook  dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW. Kita suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar