...menulis adalah cara bagiku untuk melukiskan isi hati dan merangkai kata-kata yang indah....

Senin, 21 Maret 2011

`` ANDAI LELAKI TAU ``

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.



Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.



Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.





Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.



Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga
ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Sabtu, 19 Maret 2011

'' handphone baru hadiah dari hubby tersayang ''

dah lama tak isi blog ni,,rindu sgt..hari nak cite sikit pasal hadiah terbaru dari my hubby,,,happy nya saya dapat hadiah dari hubby tersayang...nak tau tak apa hadiah nya tu ni lah dia......:
saya nak ucap kan terimakaseh banyak2 buat hubby tersayang...sayang happy sgt2 dgn hadiah yg hubby bagi...sayang hubby sangat2 tau.....

Kamis, 10 Maret 2011

``Bagaimana Kita Hendak Menyayangi Seseorang..``

   
1. Sayangi dia dengan hati,bukan dengan perasaan.Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2 . Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir berjuta manusia dengan berjuta personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3 . Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak bekorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4 . Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5 . Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6 . Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7 . Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8 . BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9 . Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10 . Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun..
Kerana “DIA” insan terpilih…

Rabu, 09 Maret 2011

`` kejenuhan ku ``

      Setiap orang dalam kehidupan ini pasti akan mengalami hal ini..
Inilah posisi dimana aku sudah tidak bisa lagi menahan segala hal yang terjadi dalam kehidupanku..
Sebuah tempat dimana tak ada satupun orang di dunia ini yang memahami ku..
Kucoba tuk mengingat setiap kegembiraan yang pernah kualami
Tapi tak membantu..
Kucoba tuk melakukan banyak hal
Tapi ternyata aku belum juga beranjak dari posisi ini
Aku pun mulai berputus asa...
Lelah rasanya aku dengan semua ini
Akankah ku bisa bertahan  ???

Rabu, 02 Maret 2011

`MALAIKAT KECIL KU`

       dah lama saya tak buka blog ni,,baru mlm ni saya buka dan terasa mcm nak tulis sesuatu pula.....
kawan2 pernah denger lagunya sheila marcia yang judulnya ' malaikat kecilku'? liriknya bagus, lagunya juga bagus...

    `` malaikat kecil ku``

Separuh jiwaku telah jadi satu
Tak sabar ku menunggu
Datangnya sang waktu
Tuk membuat sejarah baru
Hari terus berlalu
Menanti ku terharu
Tuk melukiskan cerita baru
Satu nafasku kian jadi satu
Bahagia yang ku tunggu
Peluk erat dirimu
Berbisik ayat-ayat rindu
I just want to say i love you
I need you and i miss you
Kau memang malaikat kecilku

Separuh jiwaku telah jadi satu
Tak sabar ku menunggu
Datangnya sang waktu
Tuk membuat secara baru
Hari terus berlalu
Menanti ku terharu
Tuk melukiskan cerita baru

Bahagia yang ku tunggu
Peluk erat dirimu
Berbisik ayat-ayat rindu
I just want to say i love you
I need you and i miss you
Kau memang malaikat kecilku...

aduh jadi ikutan sendu deh denger lagu ini... ehm sebenernya lagu ini seh menggambarkan seorang ibu yang sangat excited menunggu kehadiran 'malaikat kecilnya' yah.. malaikat kecil...

kapan yah malaikat kecilku datang... sengaja ku tuliskan blog ini saat ini, sehingga suatu hari malaikat kecilku benar-benar sudah datang dia bisa tau betapa dia begitu di harapkan :)

Minggu, 13 Februari 2011

Salam Maulidur Rasul...

Alhamdulillah, segala puji-pujian kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat. Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW.

Bersamaan 15 Februari 2011, kita akan menyambut hari keputeraan baginda Rasulullah Saw. Keputeraan Rasulullah dan pengutusan baginda kepada kita merupakan satu nikmat buat umat sejagat.

Saban tahun kita menyambut dan mengenang kelahiran baginda SAW. Namun harus kita bertanya kepada benak fikiran kita sejauh mana kita telah mencontohi pusaka peninggalan baginda SAW di dalam kehidupan kita. Saban tahun juga bermakna Rasulullah SAW semakin jauh dari kita. Namun semangat perjuangan baginda tetap membara dalam sanubari kita.

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul 2011 buat semua rakan-rakan. teman-teman facebook  dan juga rakan-rakan blogger. Marilah bersama-sama kita junjung kecintaan pada baginda SAW. Kita suburkan semula kecintaan kita pada baginda dengan menjadikan baginda ikon terbaik hidup kita.

Maulidur Rasul...